Subuh yang kedua sejak semalam tengok husband bangun bergegas nak Subuh di masjid.
Sangat tersentuh dengan impak malam Isnin terjumpa blog KRTS Prof Kamil pensyarah uitm/blogger/author buku Travelog Haji yang kami baca masa nak menunaikan Haji 2009. Terus masuk blog dia. Sedikit hairan bila baca post-post dan gambar surroundings di Madinah. Dari tulisan post tak gaya pun macam trip umrah biasa. Sorot punya sorot baru faham. Prof Kamil and family rupanya sudah berhijrah ke Madinah!
Rasa seolah-olah segar semangat baca post-post yang dikongsi secara santai. Informed husband dan dia juga masuk blog masa lapang2 kat office hari selasa. Semalam pagi husband bingkas bangun 4.30 lebih, buat solat tahjud. Lepas tu tak tidor2 and jap lagi dress-up terus start keta terus pegi solat Subuh at masjid. Subuh tadi pun macam tu. Alhamdulillah saya terlalu bersyukur Allah temukan saya di laman tu masa first terjumpa, itu sudah pasti ketentuanNya. Bukan maksudnya husband tak solat berjemaah di masjid sebelum ni, rasanya without fail sepanjang ramadan dan sesekali pada hujung minggu. Cuma kalau lah kalau dengan cara tak langsung akan berterusan solat subuh berjemaah walaupun di hari-hari weekdays moving forward, Alhamdulillah.
Nanti sambung post ni, nak pergi kerja dah.
No comments:
Post a Comment